Kerjaya Firdaus Rahmat

Firdaus Rahmat ialah salah seorang ahli kumpulan The 4aith yang ditubuhkan pada tahun 2016. Selain beliau, kumpulan itu turut dianggotai oleh Aniq Muhaimin Ismail, Amir Firdaus Razali dan abangnya sendiri, Fahimi Rahmat. Kumpulan ini amat terkenal kerana mengubah lirik lagu Barat menjadi senikata berunsur dakwah. Kemudian, mereka merakamkan lagu "Yang Pertama" dan "Shine" (bersama Omar Esa), yang membawa nama mereka sebagai penyanyi berkumpulan.

The 4aith dibubarkan pada hujung 2018 dengan Firdaus mengambil keputusan untuk bergelar penyanyi solo. Pada Mac 2019, beliau merakamkan single solo pertamanya, "Aku Rayu", diikuti dengan single keduanya, "Sentiasa" yang dikeluarkan pada 12 Mac 2021 dan menjadi lagu tema drama Projek: Anchor SPM.[2]